Sunday, April 22, 2007

Sorry, YOU'RE SO STUPID!!!!

Assalamualaykum..
First of all, I'd like to apologize for the unmannerly title.
But after reading yesterday's newspaper I was furious.
I was so angry, and at the same time felt so annoyed.
Read this:



Mana perginya tudung Salima?

Oleh: NIEZAM ABDULLAH








Apa sudah jadi dengan bekas pelajar Akademi Fantasia Keempat (AF4) iaitu Salima? Sebelum ini dia begitu mempertahankan pendirian untuk tidak membuka tudung apatah lagi mendedahkan rambutnya kepada umum.

Sehinggakan gadis berusia 19 tahun ini turut kesal apabila pihak Astro menerusi program Fail Sulit AF telah menyiarkan gambar-gambarnya yang tidak bertudung ketika terlantar sakit selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya di Temerloh tidak lama dulu.

Kata Salima ketika itu, dia kesal apabila pihak Astro menayangkan gambar-gambar tersebut sedangkan dia telah melarangnya sejak awal lagi.

Jika dilihat daripada kenyataan itu, ia memperlihatkan Salima begitu mempertahankan soal rambut atau auratnya.

Beliau menganggap perkara itu adalah maruah diri dan penyiaran beberapa keping gambar di dalam program berkenaan ternyata mencabuli haknya sebagai gadis bertudung.

Bagaimanapun semasa pementasan teater Rangkas Putera di Auditorium Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 13 hingga 15 April lalu, ramai yang terkejut melihat penampilan terbaru Salima.

Gadis itu muncul dalam teater purbawara arahan Azmi Zainun tanpa memakai tudung dengan memegang watak Permaisuri Tanjung Karang.

Teater itu mengisahkan seorang bayi yang ditemui di sebuah rumpun buluh oleh sebuah keluarga diraja lalu dibesarkan dalam kehidupan istana.

Bayi yang diberi nama Rangkas Putera itu tidak membesar sebagaimana diharapkan sebaliknya telah mengganas dan merampas takhta keluarga angkatnya.

Tidak dinafikan persembahan Salima bersama Ifa Raziah dan Adlin (AF2) itu benar-benar memperlihatkan bakatnya dalam bidang teater. Tetapi persoalannya di manakah tudung Salima? Adakah kerana ingin memenuhi impian berlakon teater tersebut memaksa dia mencabuli pendiriannya selama ini?

Menurut Salima, dia sendiri sudah mengagak kemunculannya itu akan menimbulkan kontroversi terutamanya soal pemakaian tudung. Gadis bernama Nor Salima Habibi ini sebenarnya sudah bersiap sedia terhadap jawapan bagi persoalan yang bakal dibangkitkan itu.

Katanya, apa yang dilihat oleh penonton itu sekadar rambut palsu. Pada dasarnya Salima tidak menanggalkan tudung jauh sekali dengan sesuka hati ingin mempertontonkan rambutnya kepada umum.

Sebaliknya sebelum rambut palsu disarungkan di kepalanya, dia terlebih dahulu memakai anak tudung yang menutupi keseluruhan rambut asalnya.

Dia juga menganggap, tindakannya itu tidak salah dan bersedia berhadapan dengan apa juga persoalan yang akan dibangkitkan selepas ini.

‘‘Saya berpendapat dengan cara itu saya masih lagi tidak mendedahkan rambut saya kepada orang ramai. Saya masih menutup aurat kerana rambut asal ditutupi dengan anak tudung sebelum saya dipakaikan dengan rambut palsu,’’ katanya. [soooooooo stupid!!!]

Menurut Salima, dia mendapat tawaran berlakon teater tersebut selepas diajak oleh Ifa Raziah beberapa bulan lalu.

Secara kebetulan Salima diminta untuk menggantikan watak orang lain yang tidak dapat turut serta di dalam pementasan berkenaan.

Bagaimanapun selepas perbincangan dengan pengarah teater itu, Salima bersetuju untuk memakai anak tudung bagi menghormati skrip teater tersebut.

Benar kata Salima itu tetapi cara tersebut hanya menutupi rambut sebaliknya bagaimana dengan bahagian telinga, leher dan dada yang masih terdedah?

Ini kerana imej beliau selama ini menutupi keseluruhan bahagian tersebut. Bagaimanapun Salima tetap mempertahankan pendiriannya untuk muncul di pentas teater itu.

‘‘Saya anggap tindakan saya itu tidak salah kerana masih menutupi rambut asal,’’ katanya. Gadis ini juga menolak langkah yang diambilnya itu semata-mata untuk meraih publisiti murahan. [yeahh, right...]

Sebaliknya dia menganggap kemunculannya itu adalah untuk mempelbagaikan bakatnya dalam bidang seni.

‘‘Saya tak mahu berterusan menjadi penyanyi sebaliknya saya ingin mencuba bidang lain khususnya teater kerana minat saya dalam bidang tersebut bermula sejak di bangku sekolah lagi,’’ jelasnya.

+++++++++++++++++++++++


Masya Allah... after reading this, tak putus² beristighfar.
How could she say that?
From what I understand, in her own point of view, using wig is OKAY.
It means you're covering your hair, the same like wearing a hijab/tudung.
Astaghfirullahalazim..

If that's the case, she should've worn the wig since the first day she decided to cover her hair.
That would've been easier and will definitely cause less confusion for those who decided to do the same.
Some people could've misunderstood the meaning of 'aurat' in Islam.
Masya Allah....
For me, if you want to wear a hijab, wear it nicely and with manner.

This is another example.
An example of those who think that tudung is simply a 'fashion'.
Astaghfirullahalazim...



Well, before I go off, again I want to apologize if this entry causes uneasiness to anyone.
I know this kind of 'sensitive issue' should be referred to an expert.
But comparing wigs to hijab is just too much for me.
It can simply means those 'Drag Queens' are wearing tudung lah all this while.
Sigh~

My goodness, Salima.. you're so STUPID!
Think before you say something.
Or better yet, don't think at all and just shut up.

Wassalam~

10 comments:

  1. maah la deh.. kalu kasar sikik..

    kade maghi mik'kir jugok, budok ni, samo ko dok tuhe dio nga kito.. tok guru mano kato rambok pelesu buleh gati tudung, pah dado hok te'ngango tu.. lagu mano kiro..
    bokali aurak dale agamo dio ni, rambok so'ka'gho jah..
    buke gap'po, pasal dio kato tak po, jadi kito kiro dale pikir'ghe dio gak, tok dos'so la... pah tu, dale Islam tak dok kato tok dos'so lagu... kalu dio senyak tak po, tapi kalu nok jawak lagu tu gak.. napok lagu lain slalu lah..

    ReplyDelete
  2. Po'chik... pendapat diterima dgn sepenuh hati..

    Itu laa hok fiz dok pikir jugok..
    Mache laa bagus sangak dio buleh buak statement lagu tuh.
    Fiz nok comment lebih² pong tok gheti jugok, tapi gak bendo hok asas gini dio buleh wak maing²..
    Meme baco suratkhabar tu ghaso panah satu bade..
    Kecek mache nga oghe tok blaja agamo!!
    Gerammmmmmmmmmmmmmmmm~

    ReplyDelete
  3. tudung or no tudung, its a choice of being burned in hell or not.

    you can NOT follow up my comment with, "yg penting iman". hijab is compulsory, full stop. my personal choice, any doctor with steth and white coat (i know it has anything to do)

    ReplyDelete
  4. pakai tudung tak semestinya beriman, tak pakai tudung tak semestinya tak beriman. itu antara org tuh dengan Allah.

    dalam islam, konsepnya menutup aurat, bukan menutup rambut. kalau org tuh sincerely menutup aurat, insyaAllah die terjaga drpd maksiat. same concept like solat.

    this is what i think. wallahua'alam.

    ReplyDelete
  5. Dear eD,

    It is compulsory,yes.
    But in the end it's all depend on the person.
    Well, we wouldn't know for sure those 'free haired' ppl will be burned in hell, would we?
    That's Allah The Almighty's doing.

    Doctor? La la la la...~
    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Atie sayang,
    I agree with you.
    Semua tu antara org tu ngan Allah.
    Kita just boleh bagi opinion.

    Her answer pissed me off actually.
    It's obvious pakai wig pon haram.
    Apa lagi nk sama kan dgn tudung.

    Anyways, thanks for your p.o.v.
    I really appreciate it.

    ReplyDelete
  6. "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

    ReplyDelete
  7. SALIMA & SEMUA..SAYA PERNAH BACA HADIS KALAU X SILAP MAKSUDNYA LEBIH KURANG : DILAKNAT SESIAPA YANG MENYAMBUNG RAMBUTNYA (memakai rambut palsu) DAN YANG BERTATOO. KALAU BETUL KENYATAAN SALIMA TU..BERTAUBATLAH, KITA TAK BOLEH MAIN IKUT PENDAPAT KITA JE DALAM BAB HUKUM HAKAM AGAMA. LAIN KALI NAK BUAT APA-APA RUJUK USTAZ ATAU ALIM ULAMA YE DIK....

    ReplyDelete
  8. why bother to put on a wig underneath?

    ReplyDelete
  9. sorry i meant tudung underneath

    ReplyDelete