Saturday, October 14, 2006

Kisah Benar

Assalamualaykum.

Please read.
This is my neighbour's story.

Budak selamatkan nenek
Oleh Mona Ahmad


TUMPAT: Ketangkasan seorang kanak-kanak lelaki mengejut dan menarik neneknya keluar dari rumah menyelamatkan mereka itu daripada terperangkap dalam kebakaran di rumah wanita itu di Kampung Kutan Tengah, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, pelajar Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Wan Ahmad Izuddin Wan Mohamed Zahid, 7, sedang menonton televisyen berhampiran neneknya, Che Bibah Che Idris, 66, yang ketika itu tidur.

Wan Ahmad Izuddin yang ditemui di tempat kejadian berkata, dia nampak asap keluar dari salah sebuah bilik di rumah neneknya itu, lantas mengejutkan neneknya.

"Saya sedang menonton televisyen. Saya nampak asap dari bilik belakang. Saya terus kejut nenek yang tidur. Saya cakap pada dia ada asap dalam bilik dan pegang tangan dia terus keluar rumah. Saya dan nenek lari keluar rumah tanpa pakai selipar," katanya.

Wan Ahmad Izuddin berkata, dia ke rumah neneknya dihantar bapanya, Wan Mohamed Zahid Wan Sulaiman, 38, sejak pagi semalam untuk menemani neneknya itu.

Sementara itu, Che Bibah berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan beliau tidak sempat menyelamatkan harta bendanya.

"Saya tinggal bersama anak perempuan serta suaminya dan seorang cucu. Izuddin selalu datang ke sini untuk menemani saya.

Beliau berkata, ketika kejadian hanya mereka berdua di rumah kerana anak perempuannya, Zuraidah Ahmad, 32, keluar ke kedai.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Saiful Bahri Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.05 petang semalam dan punca kebakaran masih disiasat.

I saw the grandmother (known as Su Bah), and she was clueless,speechless.
Seeing her house burnt down just before break fast on Friday.
Thank God no one was hurt.

This is after all a 'dugaan' from Allah.

Takziah and Wassalam.

1 comment:

  1. Fizzy,

    Seen_er here... nak minta address, need to send my wedding invitation:)

    email me : seen_er@yahoo.com.my

    ReplyDelete